Senaman ‘poco-poco’ HARAM
Sabda Nabi s.a.w
“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”
Bermaksud : Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka) (iaitu kaum berkenaan)
Hari ini kita dikejutkan dengan berita pengharaman tarian yang menjadi satu tarian tradisi di maljis umum dan di universiti tempatan atau nama lain ‘poco-poco’.
Semasa saya berada di UPM pada tahun 2009 tarian ini menjadi satu senaman rasmi dengan berlatarkan lagu-lagu yang tersendiri semasa program orientasi dan sangat mendapat sambutan semua pelajar termasuk saya sendiri dan sahabat-sahabat yang lain.
Pengharaman tarian poco-poco ini dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24-26 Januari 2011 lalu telah memperakukan supaya tarian atau senama poco-poco diharamkan.
Ia dibuat atas asas ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian.
“Mesyuarat mengambil keputusan bahawa pengharaman ini akan diwartakan,” kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dalam satu suratnya. – Sumber
Tarian ini bukan sahaja dilakukan oleh golongan remaja bahkan ia juga turut mendapat sambutan dari golongan dewasa dan juga turut juga dilakukan oleh Perdana Menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang sering melakukan senaman poco-poco ini khasnya di tempat awam.
Saya ingin mengajak kepada diri anda semua supaya tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.
Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.
“kekiri kekanan kehadapan dan kebelakang” maka terbentuklah salib jika anda perasan.
Kepada mereka yang masih lagi tidak tahu akan pengharaman ini dan terkejut akan berita ini sedarlah sekarang kerana poco-poco sudah diwartakan haramkan maka haramlah ia!
Jadi jangan masih ada golongan yang amalkan poco-poco lagi.. Senaman kesihatan bukan alasan kerana masih banyak senaman yang boleh dilakukan.
Berhati-hatilah dalam setiap tingkah laku kita agar kita menyerupai agama lain!
No comments:
Post a Comment