Search This Blog

Wednesday, 31 August 2011

Sebahagian catatan dan kronologi penting dalam sejarah kepolisan di negara ini selepas ditubuhkan secara rasmi pada 25 Mac 1807:

* Tahun 1825 - Sistem 'Burgher Guard' diperkenalkan untuk memenuhi tugas polis di Melaka dan W.T Lewis dilantik sebagai Ketua Polis negeri itu yang pertama.

* Tahun 1871 - Polis Pulau Pinang, Melaka dan Singapura dikenali Pasukan Polis Negeri-negeri Selat.

* 1 Julai 1896 - Polis Negeri-negeri Melayu Bersekutu terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang ditubuhkan. Di Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu pula dikenali sebagai Pasukan Polis Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.

* 1 April 1946 - Polis Negeri-negeri Selat, Polis Negeri Melayu Bersekutu dan Polis Negeri Melayu tidak Bersekutu disatukan dan dikenali sebagai Polis Malayan Union.

* 1 September 1947 - Penubuhan Pasukan Polis Marin.

* 1 Februari 1948 - Polis Persekutuan Tanah Melayu (PPTM) ditubuhkan berpusat di Kuala Lumpur.

* 16 Jun 1948 - Kerajaan mengisytiharkan darurat ekoran Parti Komunis Malaya (PKM) melancarkan pemberontakan bersenjata.

* 15 Disember 1952 - Pesuruhjaya Polis Malaya, Kolonel Arthur E. Young memperkenal konsep Bersedia Berkhidmat dan lencana tangan bersalaman.

* Ogos 1953 - 'Jungle Company' dirombak dan dikenali sebagai Pasukan Polis Hutan (PPH).

* Ogos 1955 - Pasukan Polis Wanita ditubuhkan.

* 28 hingga 29 November 1955 - Rundingan Baling antara kerajaan Malaysia dan PKM- gagal.

* 5 Disember 1955 - Penubuhan Pasukan Simpanan Persekutuan.

* Mei 1956 - Pasukan Polis Orang Asli atau dikenali sebagai Polis Senoi Praaq ditubuhkan.

* 24 Julai 1958 - Yang di-Pertuan Agong menganugerahkan gelaran 'Diraja'.

* 31 Julai 1960 - Darurat diisytiharkan tamat. Sepanjang 12 tahun menentang komunis, 1,246 pegawai dan anggota terkorban.Seramai 6,711 pengganas terbunuh dan 1,289 orang telah ditawan.

* 11 November 1961 - Yang di-Pertuan Agong menganugerahkan Panji-panji Diraja.

* 16 September 1963 - PPTM, Polis Sabah dan Sarawak disatukan sebagai PDRM.

* Tahun 1968 - PKM melancarkan semula pemberontakan dan membunuh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman Hashim; Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong dan ramai pegawai dan anggota polis Cawangan Khas dan PPH.

* 25 Oktober 1969 - Kebangkitan semula PKM ditentang hebat PDRM sehingga membawa kepada penubuhan sebuah pasukan elit polis hutan dikenali sebagai Komando 69.

* 24 Julai 1971 - Yang di-Pertuan Agong mengurniakan panji-panji kepada PPH, Pasukan Simpanan Persekutuan dan Polis Marin.

* 25 Mac 1975 - Buat pertama kali sambutan Hari Polis diadakan dengan slogan 'Bersatu Bertanggungjawab' dan Bluff Road Hill digantikan dengan Bukit Aman.

* 19 Disember 1979 - Penubuhan Unit Udara PDRM.

* 2 Disember 1989 - PKM mengadakan perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia dan Thailand di Hatyai, Thailand - PKM telah meletakkan senjata.

* 17 Oktober 1990 - Perjanjian damai Kerajaan Malaysia dengan Biro Ke-2 Parti Komunis Kalimantan Utara di Kuching, Sarawak bagi menamatkan semua kegiatan bersenjata parti komunis di negeri itu.



SUMBER:http://eforum.cari.com.my/archiver/?tid-170176-page-5.html

Friday, 26 August 2011

Pasukan Gerakan Marin

Pasukan Gerakan Marin (PGM) atau Polis Marin Malaysia adalah salah satu pasukan keselamatan di dalam cawangan Polis Diraja Malaysia. Pasukan yang berkhidmat di bawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam ini berperanan menjaga keselamatan perairan negara daripada sebarang ancaman yang tidak diingini

Sejarah

Pasukan Gerakan Marin ditubuhkan sebagai Pasukan Polis Marin di Pulau Pinang pada tahun 1947 dengan jumlah keanggotaan seramai 90 pegawai dan anggota dan 19 buah bot laju, sumbangan Jabatan Kastam dan Tentera Laut Simpanan Diraja Persekutuan (kini Tentera Laut Diraja Malaysia yang ketika itu masih di bawah pengaruh British). PPM ditubuhkan untuk mengawal perairan negara dengan mengekalkan keamanan, menegakkan undang-undang dan memberi perlindungan nyawa dan harta benda di laut, membuat serbuan dan operasi di sepanjang pantai dan pulau serta mempertahankan negara dari serangan anasir-anasir laut, khasnya lanun dan pendatang asing tanpa izin serta mencegah penyeludupan dari laut. Peranan PPM pada ketika itu terhad kepada aktiviti pencegahan jenayah dan penyeludupan di perairan Selat Johor dan kawasan Pelabuhan Pulau Pinang sahaja.
PPM telah melalui pelbagai proses pembaharuan dan pembesaran sama ada daripada aspek fungsi, peranan tanggungjawab, infrastruktur mahu pun kemudahan logistik. Pada tahun 1960-an, pembesaran PPM amat ketara dengan penambahan 40 buah bot ronda kelas PX (kayu) dan penambahan bilangan anggota. Pada tahun 1970-an kajian pembesaran PPM diluluskan sejajar dengan pewartaan Zon Ekonomi Ekslusif Negara. Justeru itu bilangan bot dan anggota turut ditambah iaitu ronda kelas PX (besi) dan 15 bot ronda kelas PZ. PPM turut memikul tugas dan tanggungjawab yang lebih luas serta mencabar seperti mencegah dan membanteras kemasukan pendatang haram, pencemaran laut, pencerobohan perairan negara oleh nelayan asing, penyeludupan dan kegiatan jenayah rompak. Perubahan dan pembaharuan yang dilakukan adalah semata-mata untuk menjadikan PPM sentiasa relevan dengan keadaan semasa demi menjamin keselamatan, ketenteraman dan keamanan masyarakat maritim khususnya dan kedaulatan perairan negara amnya.
Pada 24 November 2008, kemudahan infrastruktur serta sumber tenaga manusianya di mana sebanyak 41 buah Pangkalan Marin di seluruh negara telah ditambah fungsi, peranan, tugas dan tanggungjawabnya menjadi Balai Polis Pantai dan Pondok Polis Pantai yang mana peranan dan fungsinya seperti sebuah balai dan pondok polis biasa.
Kini PPM mempunyai keanggotaan seramai 170 pegawai kanan dan 2,376 Anggota Pangkat Rendah / Konstabel serta 56 kakitangan awam. Pasukan ini memiliki 15 buah bot ronda kelas PZ, 33 kelas PX, 68 PA/PB/PC dan 4 buah bot ronda kelas PSC/PGR/PAR. Dari dua buah pangkalan semasa ditubuhkan, kini cawangan ini mempunyai 5 pangkalan utama, 11 pangkalan kecil dan 24 pangkalan hadapan.
Pada 6 Februari 2009 bertempat di Pusat Latihan Marin Tampoi, Johor, majlis pengistiharan penukaran nama Pasukan Polis Marin kepada Pasukan Gerakan Marin (PGM) telah disempurnakan oleh Dato' Seri Syed Hamid Bin Tan Sri Syed Jaafar Albar, bekas Menteri Dalam Negeri.

Peranan

PDRM berhasrat untuk menjadikan PGM lebih menepati keperluan pasukan. Peranan PGM yang sedia ada dikekalkan dan diperluaskan. Peranan baru adalah melaksanakan tugas kawalan keselamatan dan mencegah jenayah di daratan. Di kawasan pulau, tasik juga sungai yang mempunyai penduduk dan kepentingan negara, di antaranya:-
  • Memelihara undang-undang dan ketenteraman awam di perairan negara termasuk pulau-pulau yang berpenduduk, pelabuhan-pelabuhan, sungai-sungai dan juga tasik-tasik dan Empangan Hydro negara serta memastikan ketenteraman awam sentiasa terjaga;
  • Menjaga keamanan dan keselamatan di perairan termasuk pulau-pulau, sungai-sungai yang berpenduduk dan juga tasik-tasik kawasan pelancongan dan "hidro";
  • Menjalankan tugas operasi mencegah serta mengesan jenayah di perairan wilayah negara, termasuk pulau-pulau yang berpenduduk, sungai-sungai, pelabuhan-pelabuhan dan juga tasik-tasik bagi melaksanakan kehendak Kanun Prosedur Jenayah (Akta 953)
  • Menangkap dan mendakwa pesalah-pesalah yang melakukan jenayah dan perlanggaran undang-undang di perairan Malaysia termasuk pulau-pulau yang berpenduduk, sungai-sungai, pelabuhan-pelabuhan dan juga tasik-tasik bagi tujuan melaksanakan kehendak Akta Polis 1967;
  • Mengumpul semua risikan berkaitan keselamatan di kawasan perairan negara termasuk pulau-pulau yang berpenduduk , sungai-sungai, pelabuhan-pelabuhan dan juga tasik-tasik yang berpenduduk dan menyalurkan kepada Ketua Polis Daerah untuk tindakan bersepadu;
  • Mengendalikan tugas pejabat pertanyaan menerima aduan polis (police report), melaksanakan tugas ketua polis balai dan ketua pondok polis bagi balai-balai dan pondok-pondok polis pantai seperti diarahkan oleh Ketua Polis Negara;
  • Menjalankan siasatan jenayah mengikut kehendak Bab xiii Kanun Prosedur Jenayah bagi kes-kes yang berlaku di perairan Malaysia termasuk pulau-pulau yang berpenduduk, pelabuhan-pelabuhan, kawasan di persisiran pantai negara, sungai-sungai dan juga tasik-tasik yang dilaporkan kepada PDRM;
  • Melaksanakan tugas-tugas pencegahan mengikut peruntukan Bab xii Kanun Prosedur Jenayah (Akta 539), di perairan wilayah negara, pulau-pulau yang berpenduduk, pelabuhan-pelabuhan, kawasan di persisiran pantai negara, sungai-sungai dan juga tasik-tasik;
  • Menjalankan Siasatan Forensik bawah air dan dasar laut bagi mengumpulkan bahan bukti di dalam siasatan kes-kes jenayah bagi PGM dan juga lain-lain cawangan di dalam PDRM untuk pendakwaan di Mahkamah;
  • Mewujudkan sistem kepolisan masyarakat untuk memberi perkhidmatan kepada semua golongan penduduk-penduduk di persisiran pantai, pulau-pulau, pelabuhan-pelabuhan, sungai-sungai dan tasik-tasik;
  • Mengendalikan siasatan di bawah undang-undang pencegahan jenayah (crime preventive law) terhadap individu dan sindiket yang terlibat dengan aktiviti haram yang tidak dapat dibuat pendakwaan di Mahkamah Jenayah;
  • Membuat tugas rondaan mencegah jenayah secara berjalan kaki (foot patrol) di pulau-pulau dan di daratan pantai-pantai bagi tujuan mencegah jenayah dan mengawal ketenteraman awam;
  • Mencegah dan menyuraikan rusuhan bagi menjaga ketenteraman awam jika berlaku di perairan dan daratan pantai negara termasuk di pulau-pulau yang berpenduduk, pelabuhan-pelabuhan sungai-sungai dan tasik-tasik apabila diperlukan;
  • Menubuhkan Unit Gempur Marin (UNGERIN) bertujuan sebagai 'first responder' bagi menangani jenayah atau keganasan samada di daratan mahupun di perairan;
  • Mengambil langkah proaktif melaksanakan beberapa kaedah peningkatan perkhidmatan dengan menyusun semula sektor rondaan di laut kepada 156 sektor yang dibahagikan kepada dua lapisan, iaitu 'inner cordon' (jaraknya sejauh 5 batu nautika dari pantai dan 'outer cordon' (jaraknya antara 5 hingga 12 batu nautika dari pantai);
  • Mengiringi dan menjaga keselamatan VVIP yang menggunakan laluan air;
  • Mengiringi peti undi pilihan raya di Kawasan Pilihanraya yang hanya boleh melalui jalan air; dan
  • Menjalankan siasatan laporan mati mengejut (sudden death report) yang berlaku di kawasan perairan negara, pulau-pulau, pelabuhan-pelabuhan, sungai-sungai, tasik-tasik.
Pasukan Gerakan Marin adalah satu unsur penting diletakkan di bawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) yang bertanggungjawab sebagai pasukan bertindak pertama (first line response unit) untuk menghadapi apa juga bentuk ancaman di perairan wilayah negara termasuk sungai-sungai, tasik-tasik, dan juga pelabuhan-pelabuhan negara, di mana tindakan polis adalah diperlukan.
Gencana PGM

Wednesday, 24 August 2011

F.R.U benteng negara


Pasukan Simpanan Persekutuan (Bahasa Inggeris: Federal Reserve Unit) atau lebih dikenali dengan singkatan FRU telah ditubuhkan sebagai sebuah pasukan khas yang bertindak dalam menjaga keamanan negara di waktu ketegangan dan juga rusuhan samada yang sedang berlaku atau yang bakal berlaku.
Ditubuhkan semenjak sebelum merdeka iaitu pada 5hb Disember 1955. Pasukan ini telah melalui pelbagai cabaran antaranya Rusuhan Kaum pada 13hb Mei 1969, gerakan reformasi pada 1990an dan juga terakhir sekali yang mendapat liputan meluas adalah dalam menangani perhimpunan Bersih 2.0 pada tahun ini. Pasukan ini juga pernah diberikan penghormatan sebagai pasukan pencegah rusuhan di bawah Panji Bangsa Bangsa Bersatu di Timur Leste.
Rusushan Kaum 13 Mei 1969
Di Timor Leste
Setiap Unit FRU ditempatkan secara strategik dibeberapa kawasan bandar utama diseluruh Malaysia:-
Dengan Topeng Gas
Setiap pangkalan FRU mempunyai sayap ibupejabatnya sendiri dengan tiga terup (iaitu trup ‘A’, ‘B’ dan ‘C’). Setiap trup terdiri dari dua seksyen Baton, iaitu seksyen senjata rifel/gas pemedih mata/grened, seksyen pengawal kenderaan, dan anggota lain seperti pemandu, pencatat buku harian, jurugambarpenterjemahpenembak tepat, pengendali semboyan dan mempunyai pasukan simpanannya yang sendiri.